Masalah Psikiatri Dikalangan Warga Emas [Psiko-geriatrik] 4: Depression [Kemurungan]

Masalah 2: Depression [Kemurungan] dikalangan warga emas

žUcle dengan keranda

Masalah Kemurungan adalah salah satu masalah utama yang menimpa golongan yang meningkat usia emas.

Masalah ini menyumbang kepada peningkatan kedatangan pesakit warga emas mendapatkan rawatan di pusat perkhidmatan kesihatan serta meningkatkan kadar kematian.

Ia juga faktor penyebab kejadian bunuh diri dikalangan warga emas[Predictor of suicide].

Masalah ini dijangka menjadi bertambah serius dengan peningkatan populasi warga emas.

Kesukaran dalam pengdiagnosan [pengesahan] peyakit kemurungan dikalangan warga emas

  • Pengdiagnosan penyakit kemurungan dikalangan warga emas amatlah mencabar dalam bidang klinikal perubatan.
  • Gejala yang dialami dirumitkan dengan:
    1. Masalah perubatan yang sedia ada [Coexisting medical problems]
    2. Pengunaan ubat yang pelbagai.
    3. Masalah Kognitif: Dementia[Nyanyuk] atau Kemurungan atau kedua-duanya sekali?
    4. Gejala somatik [mengadu mengalami pelbagai sakit sebagai contoh; sakit kepala, sakit badan, sakit urat, sakit lutut dalam satu waktu yang sama] yang tidak dapat diketahui puncanya.
    5. Terlepas pandang dengan menganggap kemurungan adalah tindak balas normal pada usia emas.
    6. Stigma atau pandangan negatif terhadap rawatan psikiatri/ mental.

Sebab-sebab penyakit kemurungan melanda dikalangan warga emas:

Mengikut kajian saintifik, Palsson dan Skoog (1997) masalah kemurungan di kalangan warga emas adalah disebabkan:

  • Perubahan strukur otak serta perubahan biokimia.
  • Berkabung [Bereavement ]
  • Perubahan peranan sosial yang berlaku semasa tempoh persaraan
  • Penyakit Somatik
  • Penggunaan ubatan
  • Kurang upaya dari segi fungsi / Bebanan
  • Pergantungan sepenuhnya
  • Penempatan di rumah penjagaan warga emas

Warga emas juga didapati mempunyai kadar bunuh diri yang tinggi. 

Gejala yang sering dialami oleh warga emas yang mengalami kemurungan:

  • Kurang mengadu dalam mengalami masalah kesedihan [Complain less often of sadness]
  • Sering mengadu mengalami masalah Somatik atau Hypochondriasis [Sering mengalami pelbagai jenis sakit-sakit tanpa diketahui puncanya]
  • Sering mengalami masalah kegemuruhan [Anxiety ]
  • Pengadu seringkali mengalami masalah lupa [yang bukan berpunca daripada masalah nyanyuk] atau dalam istilah perubatan dinamakan “pseudodementia” [pseudo bermaksud palsu ]
  • Apathy – tahap motivasi yang rendah
  • Hilang rasa minat [anhedonia]
  • Kurang selera makan atau terlebih makan
  • Masalah tidur – sering terjaga pada awal pagi
  • Kurang daya tumpuan
  • Kepenatan atau kurang tenaga
  • Sering ingatkan kematian [Thoughts of death]
  • Panas Baran [Irritability ]

Skala Pengesanan Kemurungan di Kalangan Warga Emas [Geriatric Depression Scale]

  • Sangat mudah digunakan di Klinik dan disyorkan hanya untuk pengesanan secara pantas jika kita mengesyaki warga emas tersebut mengalami masalah kemurungan.
  • Mengandungi 4 soalan mudah dan memerlukan 2 daripada 4 soalan yang betul bagi seseorang warga emas itu disyaki mengalami masalah kemurungan dan kemudiannya dirujuk kepada pakar psikiatri bagi tujuan rawatan lanjut.

Skala Kemurungan Warga Emas [Adaptasi dari: Geriatric Depression Scale- 4 Items]

Soalan

  1. Adakah ada umumnya berpuas hati dengan hidup anda?               ya   /   TIDAK
  2. Kamu rasa hidup kamu kosong ?                                                           YA    /  tidak
  3. Kamu rasa gembira sepanjang masa?                                                   ya  /  TIDAK
  4. Kamu takut sesuatu yang buruk bakal berlaku kepada kamu?         YA  / tidak

Rawatan yang diberikan pada warga emas yang mengalami kemurungan:

Dalam apa sahaja perawatan cabang psikiatri, pendekatan secara holistik atau “BIOPSYCHOSOCIAL Approach” amatlah dititikberatkan yang mana ia bukan sahaja rawatan dari segi ubatan tetapi juga merangkumi intervensi psiko-sosial.

  • BIO: Rawatan ubat anti kemurungan [Antidepressant]: seperti Escitalopram (Lexapro), Mirtazapine (Remeron) dan lain-lain. Jelasnya prinsip memberi ubat antikemurungan pada golongan warga emas adalah sama iaitu “start low and go slow” Pada dasarnya, dalam merawat kemurungan dikalangan warga emas, saya lebih memilih ubat yang dikategorikan sebagai ubat generasi baru (new generation)yang kurang kesan sampingan berbanding ubat-ubat generasi terdahulu (old generation) yang banyak kesan sampingan serta toksik sekiranya diambil pada dos yang berlebihan.
  • PSYCHOSOCIAL: Terapi Kaunseling, Terapi Sokongan (Supportive Psychotherapy), Psychoeducation dan Tunjuk Ajar yang bukan sahaja tertumpu kepada pesakit bahkan juga kepada ahli keluarga yang terlibat.

Masalah Psikiatri Dikalangan Warga Emas [Psiko-geriatrik] 3: Delirium

Masalah 2: Delirium

dementia_clip_image004

žDelirium atau dalam bahasa melayunya “Keadaan Kekeliruan yang Akut (Acute Confusional State or Acute Organic Brain Syndrome)” adalah masalah utama yang meliputi lebih kurang ~ 30% masalah perubatan dikalangan warga emas.

Pesakit warga emas yang mengalami masalah delirium akan berhadapan dengan:

  • Masalah kematian yang tinggi [High mortality],
  • Kadar komplikasi/ kesan perubatan yang tinggi [Higher complication rates],
  • Perlu berada di hospital lebih lama berbanding pesakit-pesakit yang tidak mengalami masalah delirium.

Masalah Delirium dikalangan warga emas seringkali:

  • Tidak dapat dikesan/ Terlepas pandang oleh pihak doktor/ paramedik.
  • Tidak dirawat sebetulnya [Poorly managed ]

Satu pertiga daripada masalah Delirium dikalangan pesakit warga emas boleh diubati.

Walaubagaimanapun, ini adalah satu tugas mencabar dalam mengenalpasti masalah delirium dikalangan warga emas dan juga merawat masalah yang kompleks ini.

 

Ciri-ciri bagi mengenalpasti masalah delirium dikalangan warga emas

  • Kekeliruan [Clouding of consciousness]
  • Berlaku dalam tempoh masa yang singkat [Acute onset]
  • Kadangkala berlanjutan dari hari ke minggu [Lasts days to weeks]
  • Tahap orientasi terganggu (misalnya keliru dalam mengenalpasti   keadaan tempat, masa serta individu) [Orientation impaired]
  • Hilang daya ingatan jangka panjang dan semasa [Remote/recent memory loss]
  • Gangguan bayangan [Visual hallucinations]
  • Gejala delirium yang dialami berubah-ubah (selalunya teruk disebelah malam) [Fluctuant symptoms]
  • Boleh diubati jika tahu punca masalahnya [Usually reversible]
  • Tahap kesedaran menurun [Awareness reduced]

Bagaimana untuk memperolehi maklumat bagi mengenalpasti masalah delirium dikalangan warga emas?

Sukar untuk mendapatkan maklumat daripada pesakit yang mengalami masalah delirium.

žSelalunya ia diperolehi daripada penjaga atau pasukan perubatan yang merawat pesakit tersebut bagi memperolehi:

  • Fungsi kognitif sebelum sakit (untuk memastikan ia bukan berpunca akibat masalah kenyayukkan)
  • Maklumat lengkap mengenai ubatan yang diambil termasuk ubat yang dibeli tanpa preskepsi daripada doktor dan juga maklumat semasa mengenai ubat yang telah diberhentikan dengan serta merta [recent drug cessation] ( contohnya seperti: benzodiazepines, alcohol>>> berkaitan dengan sindrom tarikan/ gian/ withdrawal terhadapnya)
  • Masalah buang air kecil atau masalah sembelit.
  • Samada pesakit pernah mengalami masalah delirium sebelum ini
  • Masalah penglihatan atau pendengaran [Sensory deficits:  (eg hearing aid, glasses etc)]
  • Masalah sosial atau penjagaan
  • Masalah perubatan yang lain [Co-morbid illness]

Prinsip dalam merawat pesakit warga emas yang mengalami delirium:

–Kenal pasti serta merawat masalah-masalah lain yang menyebabkan delirium [Identify & treat the underlying cause].

–Meminimakan kekeliruan [Relief of Confusion]

Pastikan

  • Ruang pencahayaan bilik yang mencukupi,
  • Kerap dan mengulangi orientasi [Regular & repeated reorientation] – guna jam dinding, kalender, foto dan mewujudkan suasana selamat.
  • Bantuan alatan bantu pendengaran dan penglihatan.
  • Pengendalian pesakit secara berhati-hati dan galakkkan pesakit berjalan-jalan di wad.
  • Memberi ubat penahan sakit (sekiranya perlu)
  • Tabiat tidur yang sihat.
  • Pengudaraan (saturation) Oksigen [O2] >95%,
  • Dilawati keluarga serta sahabat handai

Elakkan:

  • Bunyi bising yang keterlaluan,
  • Pengekangan Fizikal [Physical restraints],
  • Dehydrasi [kurang air dalam badan],
  • Pemberian pelbagai jenis ubat [polifarmasi],
  • Masalah sembelit,
  • Penggunaan tiub kencing [Catheters],
  • Kekerapan pemindahan wad

–Perawatan pesakit melibatkan pelbagai “team” perubatan [multidisciplinary team]

–Penggunaan ubatan neuroleptik seperti antipsikotik dalam merawat masalah delirium di kalangan warga emas.

  • Secara prinsipnya penggunaan ubatan menggunakan dos yang rendah serta menaikkan dos ubat secara perlahan-lahan [Start Low and Go Slow]. Contoh-contoh ubat antipsikotik seperti haloperidol, risperidone dan quetiapine.

Masalah Psikiatri Dikalangan Warga Emas (Psiko-geriatrik): Dementia 2

Kenyanyukkan disebabkan oleh Jasad Lewy (Lewy bodies) [Dementia of Lewy Bodies]

LB

  • Istilah “Lewy bodies” atau Jasad Lewy adalah berpunca daripada adanya struktur-struktur yang abnormal berbentuk bola (mendapan bahan sisa sitoplasma [bahan asas sel] seperti protein: “Eosinophilic Cytoplasmic Inclusion & alpha-synuclein”) yang mendap di dalam sel-sel saraf.

Lewy body

  • Dalam erti kata lain kenyanyukkan ini disebabkan oleh kemerosotan serta kemusnahan sel-sel saraf dengan permendapan  jasad lewy di sel-sel saraf otak
  • Orang yang mengalami penyakit ini di samping mengalami kemerosotan fungsi kognitif dan intelektual, mereka juga cenderung melihat sesuatu yang tidak ada (Halusinasi bayangan/ visual), mengalami gejala Parkinson [kekakuan dan kegegaran badan] serta keterukan gejala yang dialami sering berubah-ubah (jam ke jam, dari hari ke hari)
  • Kadangkala, kenyanyukkan disebabkan Lewy Bodies ini akan muncul bersama-sama masalah kenyanyukkan yang disebabkan oleh penyakit Alzheimer dan lain-lain.

Kenyanyukkan disebabkan oleh Peyakit Parkinson [Parkinson Disease Dementia]

PD

  • Penyakit Parkinson adalah penyakit sistem saraf yang berlaku secara perlahan-lahan, bercirikan dengan kegementaran (tremor), kekakuan (rigidity) pada anggota-anggota badan dan persendian, kesukaran berkomunikasi dan kesulitan memulakan pergerakkan fizikal.
  • Pada tahap kronik daripada penyakit ini, sebahagiannya akan mengalami masalah kenyanyukkan. Jarak berlakunya kenyanyukkan akibat penyakit Parkinson adalah pada jarak 10 ke 15 tahun selepas mengalami penyakit ini.
  • Kajian pravelen kenyanyukkan terhadap mereka yang mengalami penyakit Parkinson adalah 6x ganda lebih tinggi berbanding mereka yang normal (24-31% vs 3-4%).

Kenyanyukkan disebabkan oleh kemerosotan lobar/bahagian otak Frontotemporal (Frontotemporal Dementia: FTD)

FTD

  • Kenyanyukkan yang  terjadi akibat proses kemerosotan dalam satu atau kedua-duanya daripada bahagian frontal atau temporal otak.
  • Termasuk dalam kelompok ini adalah
    • Fronto Temporal Dementia: (dementia pada lobus frontal dan lobus temporal),
    • Progressive Non-Fluent Aphasia (Afasia Progresif Non-Fluent, mengalami secara perlahan-perlahan kehilangan kemampuan berkomunikasi),
    • Semantic Dementia (Penderita tidak memahami erti serta makna perkataan yang dituturkan) .
  • Lebih dari 50% orang yang mengalaminya mempunyai riwayat keluarga dengan penyakit tersebut.
  • Mereka yang mewarisinya sering mengalami mutasi gen pada protein tau dalam kromosom 17 yang menyebabkan pembentukan sejenis protein tau yang abnormal.

Skala pengesanan masalah kenyanyukkan (Dementia assessment)

Selain gejala-gejala yang telah disebutkan di atas, terdapat beberapa jenis ujian yang boleh dilakukan bagi mengesan tanda-tanda seseorang itu mengalami masalah kenyanyukkan.

Paling mudah adalah dengan menggunakan soalan saringan yang dihasilkan melalui penyelidikan serta kajian mendalam oleh Professor Kua dan rakan-rakan di Universiti Kebangsaan Singapura (Rujukan: Kua, E. H., and Ko, S. M. 1992) yang dipanggil ECAQ (Elderly Cognitive Assessment Questionnaire) atau dalam bahasa melayunya dipanggil Soalan Penilaian Kognitif & Intelektual untuk Warga Emas.

Selain daripada ECAQ, terdapat beberapa jenis skala atau alatan saringan yang digunakan bagi pengesanan masalah dementia seperti Mini-Mental State Examination (MMSE), dan juga Clock Drawing Test (CDT)

Berbanding skala penilaian yang digunakan di dalam Mini-Mental State Examination (MMSE), saya berpendapat ECAQ adalah lebih mesra pengguna sebab ia adalah ringkas dan mudah untuk dikendalikan. Di bawah adalah contoh soalan-soalan ECAQ :

Elderly Cognitive Assessment Questionnaire [ECAQ] (Kua, E. H., and Ko, S. M. 1992)

ECAQ

 

Mini-Mental State Examination (MMSE)

mmse1

Mini Mental State Examination atau MMSE adalah satu lagi jenis instrument penilaian yang digunakan bagi pengesanan masalah kenyanyukkan. Pada umumnya MMSE ini adalah versi panjang jika dibandingkan dengan ECAQ dan ia juga memerlukan latihan bagi memastikan penilai yang menggunakan instrumen ini benar-benar dapat menggunakannya dengan cara yang betul.

Ujian Melukis Jam (Clock Drawing Test [CDT])

Ini adalah salah satu komponen ujian yang boleh digunakan selepas penilaian MMSE atau ECAQ dilakukan. Apa yang perlu dilakukan adalah pesakit diarahkan agar melukis jam lengkap dengan nombornya dan seterusnya melakar masa pada jam yang dilukis itu. Mereka yang mengalami kecederaan pada bahagian tertentu otak (selalunya membabitkan lobus Parietal) akan mengalami kesukaran untuk menyiapkan arahan tersebut.

clock drawing test dementia

Gambar-gambar contoh yang dilakar bagi seseorang yang mengalami masalah dementia

Rawatan yang diberikan pada warga emas yang mengalami masalah dementia (kenyanyukkan):

Dalam apa sahaja perawatan cabang psikiatri, pendekatan secara holistik atau “BIOPSYCHOSOCIAL Approach” amatlah dititikberatkan yang mana ia bukan sahaja rawatan dari segi ubatan tetapi juga merangkumi perhubungan psiko-sosial sesama manusia.

Objektif rawatan:

a. Melindungi pesakit dementia daripada bahaya

b. Mengekalkan keupayaan pesakit untuk berdikari di dalam menjalankan aktiviti kehidupan harian selama yang boleh (samada di rumah atau pusat jagaan harian)

c. Orientasi realiti

d. Rangsangan deria

e. Aktiviti rutin dan secara konsisten

Jenis rawatan:

Penggunaan ubat: untuk mengurangkan gangguan tingkahlaku dan melambatkan progres penyakit . Contoh ubatan yang digunakan adalah dikenali sebagai “Cholinesterase Enhancer” seperti Rivastigmine, Donepezil, Memantine, dan sebagainya. Di hospital-hospital kerajaan yang mempunyai kepakaran psikiatri, ketiga-tiga jenis ubat di atas memang digunakan bagi mengubati penyakit kenyanyukkan daripada menjadi bertambah serius.

Kesan ubat dementia

Penjagaan institusi: untuk peringkat yang teruk atau bagi keluarga yang tidak mampu menangani stres di dalam menjaga pesakit

dementia village - resident plays with doll

Intervensi psikososial:

1. Terapi Tingkahlaku : Komunikasi

11056611-largeempati

  • Berikan masa
  • Membantu di dalam mengingati sesuatu perkara
  • Gunakan soalan mudah untuk bertanya
  • Berikan arahan secara berperingkat
  • Keadaan persekitaran yang tenang untuk mengelakkan hilang tumpuan

2. Orientasi Realiti

P874_RO_BOARD_online

  • Tujua utama adalah untuk membantu mereka yang mengalami kenyanyukkan [terutama lupa dan hilang arah orientasi] dengan mengingatkan mereka mengenai fakta mengenai diri mereka dan persekitaran mereka (Holden & Woods, 1995)
  • Peralatan latihan orientasi seperti papan tanda, papan notis dan lain-lain alatan bantu ingatan (memory aids)

3.Terapi Kenangan (Reminiscence therapy)

Memory-Bank-case-study

images (3)

download (1)

  • Mengenang kembali pengalaman yang lepas, terutama kenangan yang positif dan signifikan terhadap individu tersebut. Sebagai contoh; mengimbau kenangan percutian keluarga serta majlis perkahwinan.
  • Hasil Seni, Muzik serta bahan artifak akan membantu mengimbau kembali kenangan yang lepas
  • Meningkatkan tahap kesejahteraan diri, memberikan keseronokan serta rangsangan kognitif

Masalah Psikiatri Dikalangan Warga Emas [Psiko-geriatrik] 2: Dementia

Masalah 1: Dementia [Penyakit Nyanyuk]

dementia gambar

Apa itu Dementia?

  • Dalam Bahasa Melayunya, ia di samaertikan dengan “Kenyanyukkan
  • Mengikut definisiCPG Management Of Dementia, Kementerian Kesihatan Malaysia”, ia adalah merujuk kepada kemerosotan terhadap pelbagai sindrom yang melibatkan Perlakuan (Behavior), Fungsi Kognitif (Cognitive) serta Emosi (Emotion) .
  • Dalam erti kata lain “Dementia” adalah:
    • Kemerosotan fungsi intelektual yang berlaku secara berterusan (progressif)
    • Ketidak-upayaan untuk memperolehi maklumat-maklumat baru
    • Ketidak-upayaan untuk menggunakan pengetahuan yang sedia ada
    • Kesukaran untuk membaca, menulis, mengira, bertutur, membuat keputusan, mengingati, menyelesaikan masalah dan lain-lain.

Dementia adalah masalah sejagat

  • Dianggarkan 24.3 juta kes seluruh dunia
  • Kes Baru – 4.6 juta kes baru/ setahun (meningkat 2 kali ganda untuk 20 tahun).
  • Memberi kesan terhadap 6.1% daripada mereka yang berusia melebihi 65 tahun ke atas.
  • Bilangan kes meningkat berganda untuk mereka yang semakin meningkat usia.

pravalen demantia

Kesan-kesan Dementia (Nyanyuk):

  • Aktiviti kehidupan harian terjejas
  • Perubahan tingkah-laku (tiada emosi/perasaan, resah gelisah, cepat marah, tidak tidur malam, merayau, perasaan syak-wasangka, hilang rasa malu, murung, risau)
  • Kemerosotan fungsi minda (mudah lupa, fungsi intelektual terganggu)

Kesemua simptom di atas memberi kesan negatif yang ketara terhadap kerja, aktiviti sosial dan perhubungan dengan orang lain.

Sebab-sebab Dementia:

  • PENYAKIT ALZHEIMER
  • PENYAKIT THYROID
  • CEDERA KEPALA
  • DADAH
  • JANGKITAN OTAK (HIV, SYPHILIS)
  • ANGIN AHMAR (STROKE)
  • KEKURANGAN VITAMIN
  • PENYALAHGUNA ARAK

Serba ringkas mengenai:

PENYAKIT ALZHEIMER

alzh

  • Penyakit  dementia yang kerap berlaku berbanding jenis-jenis dementia yang lain
  • Dianggarkan 60-80% kes.
  • Usia yang lanjut  (>65).
  • Banyak berlaku pada golongan wanita warga emas
  • Sejarah kecederaan kepala di masa lalu
  • Mereka yang mengalami Sindrom Down juga meningkatkan risiko mengalami penyakit Alzheimer.
  • Tahap pendidikan dan pekerjaan yang rendah
  • Mempunyai saudara-mara terdekat (darjah pertama) yang mengidap penyakit Alzheimer [Berdasarkan kajian Brodaty, 2008]

PENYAKIT ALZHEIMER: Perubahan struktur otak

alz1

Saiz Otak penghidap PENYAKIT ALZHEIMER (Kecil dan mengecut)

alz norm

Saiz Otak normal (Lebih padat)

images (5) 

Ciri-Ciri Perbandingan:

  • Saiz otak mengecil  berbanding saiz otak normal
  • Di bawah mikroskop:
    • Kehilangan sel-sel otak
    • Pengumpulan bahan-bahan tertentu di dalam dan di luar sel secara tidak normal
  • Kebanyakkan sel-sel otak yang mengandungi bahan kimia ‘acetylcholine’ mengalami kemerosotan dan mati. Akibatnya  hubungan penghantaran signal/ informasi dari satu sel otak ke sel otak yang lain terjejas.
  • Oleh kerana penyakit ini menjejaskan setiap bahagian-bahagian otak, jadi fungsi-fungsi atau kemampuann tertentu otak akan mengalami kemerosotan.

Kenyanyukan disebabkan oleh gangguan aliran (sikulasi) darah ke otak (Vascular Dementia)

vascular-dementia

  • Di bahagian otak manusia kaya dengan pelbagai struktur salur darah utama yang mana sekiranya berlaku peyumbatan atau salur darah pecah di bahagian tertentu otak, berkemungkinan menyebabkan masalah yang amat serius.
  • Kesan atau komplikasi penyumbatan yang menyebabkan kurangnya aliran darah ke otak (infarction) atau kepecahan (bleeding) salur darah di bahagian-bahagian utama otak boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami gangguan kognitif  dan intelektual (kenyanyukkan) atau masalah saraf yang lain seperti yang berlaku kepada sesetengah pesakit angin ahmar (post-stroke patient).
  • Vascular Dementia juga disebabkan oleh pelbagai penyakit lain (Darah Tinggi, Kencing Manis dsb)[Heterogeneous Disease] yang menyebabkan penyumbatan atau kepecahan salur darah di bahagian otak tertentu mempunyai ciri-ciri yang berbeza dari segi patologinya serta gejala yang dialami. Misalnya, gejala yang dialami bagi penghidap angin ahmar di otak kanan tidak sama dengan gejala yang dialami pada mereka yang mengalami angin ahmar pada bahagian otak kiri.
  • Berdasarkan kajian Rabin PV (2012) yang disiarkan di dalam satu jurnal perubatan ada menyatakan penghidap angin ahmar yang melibatkan otak di bahagian kanan cenderung mendapat gejala psikosis (seperti mengalami halusinasi, delusi dsb). Manakala menurut rujukan melalui  Oxford Psychiatric Handbook, mereka yang mengalami angin ahmar pada otak sebelah kiri pula boleh mengalami masalah kemurungan atau “post-stroke depression
  • Oleh yang demikian, mereka yang mengalami masalah kenyanyukan akibat penyakit angin ahmar selalunya bukan sahaja mengalami masalah kenyanyukan (kemerosotan fungsi kognitif), bahkan juga boleh mengalami pelbagai masalah lain yang serius (seperti yang disebutkan di atas tadi).
  • Terdapat dua jenis kenyanyukakkan berkaitan dengan ganggguan aliran otak yang paling utama adalah Dementia Multi-infarct dan Penyakit Binswanger.
  • Dementia Multi-infarct disebabkan oleh sejumlah serangan angin ahmar (stroke) ringan, disebut ministroke atau Transient Ischemic Attack (TIA) dan mungkin merupakan jenis yang paling kerap berlaku. Penyakit Binswanger (juga dikenal sebagai Dementia Vascular Subcortical) dihubungkan dengan perubahan di bahagian subkortikal otak yang disebabkan oleh serangan angin ahmar.

tmp5F32_thumb222

a27fig01

Kesan penyumbatan salur darah pada bahagian tertentu otak (ditunjukkan dengan anak panah)

Makna Istilah:

Kortikal (Bahagian Korteks Cerebral) : Bahagian luar utama lapisan otak yang merangkumi cereberum dan cerebellum.  Peranan utama otak dalam mengawal memori, pemikiran, memberi perhatian (attention), kesedaran perceptual, bahasa dan tahap sedar (consciousness)

Sub-Kortikal: Bahagian selain daripada Korteks Cerebral seperti Thalamus, Basal Ganglia dan bahagian-bahagian lain yang tidak kurang penting dari segi peranan seperti mengawal pergerakkan, keseimbangan dan lain-lain lagi.

Masalah Psikiatri Dikalangan Warga Emas [Psiko-geriatrik] 1: Pengenalan

dementia2

Umum mengetahui  masalah Psikiatri dikalangan warga emas sangat mencabar kerana masalah tersebut  bercampur/ bertindan dengan masalah perubatan (co-morbid medical & psychiatric conditions)

Dalam istilah perubatan psikiatri, istilah Psiko-geriatrik yang merujuk kepada masalah psikiatri yang melanda warga emas.

žDengan menggunakan pneumonik  [4Ds] → Sebab utama masalah psikiatri di kalangan warga emas:

  • –   Delirium (Kekeliruan Kekeliruan yang Akut) [NB: Akut lawan kepada Kronik]
  • –   Dementia (Kenyayukkan)
  • –   Depression  (Kemurungan)
  • –   Drugs  (Ubat-ubatan)
  • Psychosis (Gangguan suara[halusinasi] dan kepercayaan palsu[delusi])
  • Masalah Penderaan terhadap warga emas

žMasalah perubatan yang menyerupai seakan-akan atau menerukkan lagi masalah psikiatri yang sedia ada [worsen preexisting psychiatric condition] dikalangan warga emas

Melalui Kajian Epidemiologi

Penduduk di  Asia yang berumur melebihi  60 tahun dan ke atas:

  • Dijangka meningkat daripada kadar 8.8% pada tahun 2000 hingga ke kadar 12.9% pada tahun 2020.

Di  Malaysia, penduduk yang berumur 60 tahun dan ke atas:

  • Adalah 6.5% pada tahun 2000
  • Dijangka meningkat kepada 2 kali ganda iaitu 12.2% pada tahun 2025

Janka Hayat

janka hayat2

Sebab saintifik:

  • Peningkatan kadar jangka hayat umur [life expectancy] daripada  70.8 tahun kepada  76.9 tahun.
  • Kecanggihan  teknologi perubatan.
  • Sumber nutrisi yang semakin baik.

Gangguan Emosi, Minda dan Tingkahlaku Kanak-kanak dan Remaja (Child & Adolescent Psychiatry): Pengenalan

Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja [“Child and Adolescent Psychiatry” ] adalah salah satu cabang ilmu kesihatan mental yang khusus untuk kanak-kanak dan remaja berumur 18 tahun dan ke bawah. Kanak-kanak dan remaja yang dilihat di unit ini mungkin mengalami kesukaran dalam akademik, emosi, kelakuan mereka dan/atau hubungan dengan orang lain. Dalam erti kata lain, bidang ini merangkumi penyiasatan klinikal fenomenologi, faktor-faktor biologi, faktor psikososial, faktor-faktor genetik, faktor-faktor demografi , faktor-faktor alam sekitar, sejarah, dan tindakan untuk merawat kanak-kanak dan remaja yang mengalami kecelaruan mental.

Pembahagian:
Masalah Terhadap Perkembangan Kanak-kanak

  • Penyakit autistik  (Autism)
  • Gangguan pembelajaran (Learning Difficulty)
  • Masalah Terencat Akal (Mental Retardation)

Masalah terhadap perhatian dan tingkah laku kanak-kanak

  • Penyakit Kurang Penumpuan & Hiperaktiviti (ADHD: Attention Deficit Hyperactive Disorder)
  • Masalah “Oppositional” [membangkang] dan”Defiant” [ingkar] @( ODD: Oppositional Defiant Disorder)
  • Masalah “Conduct” [Tingkahlaku menimbulkan pelbagai masalah]

Masalah Psikotik

  • Masalah penyakit skizophrenia di awal usia kanak-kanak

Masalah berkaitan Emosional

  • Penyakit Kemurungan
  • Penyakit Bipolar
  • Masalah Panik
  • Fobia (Ketakutan)
  • Penyakit Was-was (Obsessive Compulsive Disorder: OCD)

Masalah permakanan

  • Anorexia nervosa
  • Bulimia nervosa

Kecelaruan Identiti dan Jantina di kalangan kanak-kanak

Rujukan

  1. American Psychiatric Association. Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder, 4th Edition. WashingtonDC: APA Press; 2000.
  2. Michael G. Gelder, Juan J. López-Ibor, Jr. and Nancy Andreasen , New Oxford Textbook of Psychiatry, Oxford University Press,2000; Books@Ovid
  3. Kaplan and Sadock’s. Sypnosis of Psychiatry. 9th Edition.

Pembahagian kategori penyakit psikiatri

Pembahagian penyakit atau kecelaruan mental, merupakan aspek utama psikiatri dan lain-lain profesion kesihatan mental serta para pengguna dan penyedia perkhidmatan kesihatan mental. Pada masa ini terdapat banyak sistem pengelasan bagi kecelaruan mental, akan tetapi ada dua sistem pengelasan utama yang ditubuhkan dan digunapakai secara meluas di seluruh dunia untuk mengklasifikasikan gangguan mental iaitu Pengelasan Penyakit Antarabangsa ke-10 (International Classification of Diseases - 10 atau ICD-10 ) yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Manual Diagnostik dan Statistik Kecelaruan Mental-IV- Semakan Teks (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders –IV-Text Revision atau DSM-IV-TR) yang dihasilkan oleh American Psychiatric Association (APA). Kedua-dua manual rujukan bagi pengkelasan kecelaruan mental ini agak lebih kurang sama, akan tetapi kedua-dua manual rujukan ini menggunakan kod nombor rujukan yang berbeza sama sekali.

DSM-IV-TR dan ICD-10 digunakan secara meluas mengenai pengkelasan penyakit atau kecelaruan mental. Secara perbandingan kedua-dua manual ini digunakan sebagai sumber rujukan di kebanyakkan hospital di Malaysia.

Kaji selidik WHO melaporkan bahawa tidak ada definisi yang tepat mengenai apa itu kecelaruan dan penyakit mental, dan kebanyakkannya makna perkataan itu bergantung kepada konteks sosial, budaya, ekonomi dan undang-undang yang berlainan dan dalam masyarakat yang berlainan.

Dalam istilah perubatan pula, istilah “penyakit mental” sedikit demi sedikit tidak lagi diguna pakai, dan digantikan dengan istilah “kecelaruan mental” . Walaubagaimanapun, sesetengah penggunaan “penyakit mental” sebagai istilah utama masih lagi digunapakai dan sebagai contoh Penyakit Skizophrenia adalah salah satu penyakit mental . Hakikatnya, istilah “penyakit mental” itu mengandungi stigma yang lebih negatif berbanding dengan “kecelaruan mental” itu sendiri.

ICD-10
Pengelasan Penyakit Antarabangsa (ICD) adalah pengelasan diagnostik standard antarabangsa bagi epidemiologi am dan pengurusan kesihatan, yang diterbitkan oleh WHO. Ia kini telah dihasilkan dalam semakan kesepuluh. Bab V adalah berkaitan gangguan mental dan tingkah laku.ICD-10 klasifikasi bagi gangguan mental terdiri daripada 10 kumpulan utama:

F0: Organik, termasuk gejala, gangguan mental
F1: Gangguan mental dan tingkah laku yang disebabkan oleh penggunaan bahan-bahan psikoaktif/ dadah
F2: Schizophrenia, gangguan schizotypal dan delusional (kepercayaan palsu)
F3: Gangguan afektif (Mood)
F4: Gangguan neurotik, yang berkaitan dengan tekanan dan somatoform
F5: Sindrom tingkah laku yang dikaitkan dengan gangguan fisiologi dan faktor-faktor fizikal
F6: Kecelaruan personaliti dan tingkah laku orang dewasa
F7 : Terencat Mental
F8: Kecelaruan pembangunan psikologi
F9: Gangguan tingkah laku dan emosi dengan bermulanya biasanya berlaku dalam zaman kanak-kanak dan remaja
Di samping itu, terdapat satu kumpulan “gangguan mental yang tidak dinyatakan”[unspecified mental disorder].

Bagi bab gangguan mental, tiap-tiap kumpulan utama mempunyai surat pengenalan “F”.

Bagi setiap kumpulan wujud subkategori yang lebih khusus.

Untuk maklumat lanjut, lihat laman web ICD WHO: http://www.who.int/classifications/icd/en/

DSM-IV

Sistem klasifikasi American Psychiatric Association (APA), Manual Diagnostik dan Statistik Kecelaruan Mental-IV- Semakan Teks (DSM-IV-TR), terdiri daripada lima paksi (axis) gangguan. Dengan demikian ia dicadangkan untuk ahli diagnostik yang tidak hanya memberi tumpuan kepada satu gangguan klinikal, tetapi juga mengambil kira aspek-aspek penting yang lain.

Lima paksi DSM-IV adalah seperti berikut:

Paksi I
Kecelaruan klinikal (semua gangguan mental kecuali Kecelaruan Personaliti dan terencat akal)

Paksi II
Kecelaruan personaliti dan terencat akal

Paksi III
Masalah Perubatan

Paksi IV
Masalah psikososial dan Alam Sekitar (Sebagai contoh: masalah dengan penjaga/ ibubapa)

Paksi V
Penilaian Global Berfungsi atau GAF Skor (fungsi psikologi, sosial dan yang berkaitan dengan kerja dinilai berterusan antara kesihatan mental dan gangguan mental yang melampau)

Kategori utama gangguan klinikal (Axis I) mengikut DSM-IV adalah seperti berikut:

1. Kecelaruan yang biasanya dikesan semasa Kanak-kanak atau Remaja.
2. Kecelaruan akibat Kenyanyukan, dan Kecelaruan Kognitif, Amnestic dan Lain-lain
3. Gangguan mental disebabkan masalah Perubatan yang tidak dikelaskan di mana-mana
4. Kecelaruan mental disebabkan penyalahgunaan dadah.
5. Kecelaruan Skizofrenia dan Psychotic yang lain
6. Kecelaruan Afektif (mood)
7. Kecelaruan Kebimbangan
8. Kecelaruan Somatoform (Kecelaruan dengan gejala-gejala somatik)
9. Kecelaruan Facticious (Kecelaruan yang melibatkan berpura-pura)
10. Kecelaruan Dissociative (sebagai contoh berbilang-personaliti: multiple personalities )
11. Pengenalan kepada Kecelaruan seks dan jantina
12. Kecelaruan Permakanan
13. Gangguan Tidur
14. Kecelaruan Kawalan Impulse
15. Kecelaruan Penyesuaian (Adjustment Disorder)
16. Kecelaruan lain yang memerlukan fokus pemerhatian klinikal